Thursday, December 24, 2009

Kupu-kupu Malam (ii)

Kembali lagi aku ke sini;
Masih seperti tempat yang dulu aku tinggali;
Tiada yang berubah;
Keadaan serupa cuma berbeza wajah;

Sendirian aku duduk;
Dalam gelap disuatu ceruk;
Sesekali neon mengerlip;
Bikin mata terkedip;

Dari situ aku melihat;
Sekujur tubuh berdansa ligat;
Liuk tubuh menggiur;
Bisa bikin jantung gugur;

Sesekali dia mengerling;
Aku faham darling;
Kau mahu aku sama bergoyang;
Sabar darling sekejap lagi aku datang;

Sebentar lagi tubuhmu akan aku rengkol;
Sebentar lagi badanmu akan aku senggol;
Dan kiranya liukmu makin menggoncang;
Akan aku bawa kau ke ranjang;
Akan aku sajikan kau hidangan yang istimewa;
Kau bakalan ku bawa mengecap bahagia;

Meskipun dilimpahi cahaya lampu kalimantang dalam kamar hotel murah;
Tubuh montokmu pasti habis-habisan akan aku ratah;
Tapi biar aku habsi segelas wiski ini dulu;
Agar tidak kaku aku memeluk senggol tubuhmu;
Agar tidak segan aku menjamah nikmatmu
Tunggu aku kupu-kupu malamku;

Thursday, December 10, 2009

Gitar akustikku,sahabatku...

Gitar akustik ku berbunyi;
Kamu mula bernyanyi;
Gitar akustik ku dipetik lagi;
Kamu pula menari;
Gitar akustik ku berdenting lagi;
Kamu berseni puisi;

Untuk apa gitar ini ku petik?;
Untuk mengiringi puisimu yang melankolik;
Mungkin akan lebih berjiwa tatkala kamu berbisik;
Dengan jalinan kord yang dianyam lunaknya suaramu gemersik;
Barangkali mampu membuat penonton asyik;

Jangan bimbang sahabat;
Aku akan tetap dibelakangmu memetik;
Kamu terus melontar kata-kata yang sudah akmu pahat;
Akan aku iringi kamu setiap detik;
Walaupun kadangkala ton-nya kedengaran cacat;
Namun aku tidak pernah serik;
Mendukung kamu hingga perjuanganmu tamat;
Melalui petikan gitar akustik....

Saturday, December 5, 2009

Sekilas kerdip diangkasa...

Sekilas kerdip diangkasa;
Apa kau tahu bintang atau satelit?
Dari mata kasar tak nampak bedanya;
Tapi coba kau teliti sifatnya pasti bangkit;

Sekilas kerdip diangkasa;
Apa kau tahu mana arahnya?
Dari mata biasa ia tetap disitu saja;
Tapi coba kau tenung sebentar pasti kau nampak langkahnya;

Sekilas kerdip diangkasa;
Apa kau tahu dari mana asalnya?
Dari mata kosong tak tahu mana datangnya;
Tapi coba kau bertanyakan padanya pasti kau tahu ceritanya

Sekilas kerdip diangkasa;
Akan berubah setiap November....

Friday, December 4, 2009

Lena si pengemis usang;

Letusan cahaya membentangkan permaidani pelbagai rona;
Indah bak pelangi melingkari tubuhnya yang usang lusuh di mamah usia;
Sedang asyik di selimuti mimpi mekar mewangi berbunga;
Sepertinya dia tidak mahu bangkit berdepan dengan realiti menggigit perit;
Seribu tahun begitu pun dia sanggup;
Hidup di dunia khayal,asyik dan mempesona;
Jangan sesekali dikejutkan dari mimpi itu;
Kerna semalam dia sudah puas menikmati tamparan realiti kehidupan;
Kini biarlah dia melabuhkan tubuhnya yang telah lesu bertarung;
Biarlah dia leka berdansa dengan fantasi indah itu buat sementara tika;
Kerna esok dia bakalan kembali bertarung dengan realiti yang menggarang lagi....

Monday, November 23, 2009

Cermin & Aku

Aku disini;
Mereka disana;
Aku melihat mereka melihat aku;
Mereka melihat aku melihat mereka;
Dalam aku kulihat ada mereka;
Adakah dalam mereka ada aku?;
Mereka hanya refleksi tanpa jiwa;
Mereka cuma imejan tanpa nyawa;
Mereka hanya pantulan siapa aku sebenar;
Serupa tapi tak sama;
Sama tapi tak serupa;
Aku hidup di fana;
Mereka hidup dikotak ini saja;
Hilang aku hilanglah mereka;
Hilang mereka aku tetap ada;

Thursday, November 19, 2009

Last Wish

I was brilliantly going blind;
By your glorious bright light;
And i had given up the fight;
Without throwing a single strike;
Slowly i've lost what i gain;
I started to feel the pain;
I'm living life in vain;
Ever since you put me in chains;

These chains suffocates me;
And making me hard to breathe;
But yet you want me to survive;
I'm living in a dead life;
Enjoying a sorrow day;
All the corpses came out to play;
Waiting for the moment to be slayed
Did you think i'm gonna be okay?;

I will be right here waiting;
Get you dagger ready and;

Cut me open;
And take it all away from me;
For i have nothing left;
For you to feed;
Slit my wrist;
And let me die a silent death;
For you to fulfill;
For that is my last wish;



P/s: giler emo...anyway...ni first time aku tulis dlm bahasa lain...
P/s:Bakal dilagukan...nantikan...
P/s:Aku ade tambah...tukar ape yang patut...

Thursday, November 12, 2009

Metamorfosis

Patah sayap si gagak hitam,
Akibat dilastik dengan batu-batu realiti,
Terlalu derita untuk dikibarkan sayapnya,
Tetap mahu terbang didada langit,
Namun tewas ditangan keperitan,

Datang sang dewi kayangan,
Dengan seribu cahaya harapan,
Dengan sayap gemilang,
Berdansa turun menjejak bumi,
Dan meniup inspirasi dalam naluri sang gagak,

Terlena dek asyiknya suara sang dewi,
Gemersik,lunak,merdu tak terkata,
Dipohon ketapang rendang,
Tapi tak berbuah,
Ditilami permaidani yang saujana,

Bangkit dari lena,
Sang gagak terasa beda,
Sayapnya perit kini lega,
Bukan lagi sayap biasa,
Berubah rupa,berubah segala,
Dulu gagak kini cenderawasih,
Terbang tinggi menerjah petala langit,
Menuju destinasi baru...


P/S: terima kasih kat SoVa darkray dan Patung Cendana

Wednesday, October 21, 2009

Sayap patah bintang tak tercapai...

Berasmaraku dengan fantasi,
Meniti pelangi,
Menerjah langit,
Menggapai bintang,
Muncul realiti memukulku,
Diantara tujuh langit,
Mematahkan sayapku,
Lalu aku terjunam jatuh tersembam ke bumi,
Namun sempatku genggam segumpal kapas awangan,
Bagi mengingatkan ku tentang hari aku dipukul realiti,
Dan memangkinku untuk tebarkan sayapku kembali,
Di suatu tika nanti,

Sunday, October 18, 2009

Tarian sumbang sang kera...

Tarian sumbang sang kera,
Walaupun sumbang gemuruh sorakan,
Walaupun sumbang masih menari,
Walaupun sumbang tak pernah dicaci,
Walaupun sumbang tetap ditatapi,

Tarian sumbang sang kera,
Bukan sumbang dek kutu dibadan,
Bukan sumbang dek kaki kengkang,
Bukan sumbang dek tanah berjongket,
Bukan sumbang dek pasung dileher,

Tarian sumbang sang kera,
Sumbang tarian kerana tak diajar,
Sumbang tarian kerana tak belajar,
Sumbang tarian kerana tak dilentur,
Sumbang tarian kerana pisang setandan,

Tuesday, October 6, 2009

Kembara Mimpi Yang Amat Berat....

Paghadoks mengaghok lagi...
Mimpi kini kembali...
Beghat tema kali ini...

Kat galeghi shah alam,
Pada 18 Oktober 2009,
Jam 8.30-11.30 malam,
Lambat ghugi sikit,
Tak datang ghugi banyak,

Thursday, October 1, 2009

Idamanku....




It's a collector's guitar...Jeff Beck '54 Les Paul Oxblood...Only 150 of them in the world...and one of my wishlist...damn it...when i can lay my hands on them?...i dont know...geram giler......arrrgggghhh

Wednesday, September 30, 2009

Kembara Pertama....

Seksyen 7 gempar,
3 sekawan ini tiba-tiba mahu pergi menuntut ilmu di Gunung Semambu,

"Aku dah tak tahan dah dok camni je!!Aku nak belajar berenang!!"bentak Amri,

"Aku pon!!!"sahut Gua setuju,

"Kawe pong!!"kata Bias yang asal dari Keramat yang mahu enterframe,

Lalu bermula lah pengembaraan mereka ke Gunung Semambu,
Sepeninggalan mereka,
Seksyen 7 bagaikan telah menjadi kota gelap,
Tiada gelak-tawa,
Tiada senda-gurau,
Tiada aksi penduduk mengejar mereka dengan parang dek gurauan mereka,

Setelah 45 minit berjalan,

"Beep!!Beep!!Beep!!"....
"Alamak!!!"ujar Bias secara spontanius,
Raut wajah Gua dan Amri berubah,
Bias tersenyum gedik,
"Haaaa....ye la...!!!"Amri bersuara bagaikan tidak rela,
"Aku dah cakap henpon silentkan la..."getus Gua,
"Sori la...mak i sms suruh i balik...."ucap Bias sambil mengeluarkan kunci kereta kebal miliknya,
Lalu meninggalkan Gua dan Amri yang masih tetap mahu meneruskan pengembaraan mereka,


Pemgembaraan bersambung di episod seterusnya....

P/s:First attempt nak buat cerita bersiri...

Wednesday, September 23, 2009

Sang Purnama 2......

Kerinduan makin menekan,
Kesunyian makin bertautan,
Kegelapan makin bertaufan,
Keamanan makin kejauhan,

Diselubung rindu-pilu,
Diselubung sunyi-sepi,
Diselubung gelap-malap,
Diselubungi anarki-mati,

Meratap sang pujangga,
Moga kembali cahaya,
Menerangi dunia,
Menemani malamnya,

Mega cemburu berlalu,
Mata pun saling ketemu,
Purnama senyum bermadu,
Pujangga senyum tersipu,

P/s:...berkurun xde idea...akhirnya....!!!

Wednesday, September 2, 2009

Jambatan...


(Khas buat Syamimi Binti Mohamed Rani)

Di sebelah sini,
Ada daerah kehidupanku,
kering gersang,
kontang tandus,
Hampir mati,

Di sebelah sana,
Ada wilayah kamu,
Segar subur,
Indah suci,
Saujana pandang,

Antara daerahku dan wilayahmu,
terpisah dek sebatang sungai keasingan,
Yang deras aliran kekosongannya,
Sunyi sendiri,
Sepi bisu,
Gerun jurang,

Antara wilayahmu dan daerahku,
Terhubung oleh sebuah jambatan kasih,
Yang gah binaannya,
Kukuh utuh,
Teguh tegap,
Simetri imbangannya,

Megah jambatan itu,
Kerana akar keyakinannya gagah,
Sesekali diuji hempasan kenangan silam,
Keras ganas,
Rakus seram,
Tapi tetap tegap berdiri,

Masa tinggal berlalu,
Jambatan itu masih disitu,
Masih kukuh,
Masih tegap,
Masih utuh,
Walaupun direnovasi berubah rupa,
Masih jambatan yang sama,

Tuesday, August 25, 2009

Kupu-kupu malam ( 1 )



Sang mentari berlabuh di horison,
Digantikan tirai gelap sang rembulan,
Segenap ceruk metropolis,
Semakin kelam diselimut gebar malam,
Taman neon mula berkedip,
Kerdip bintang gemilang di papan gantung,
Terlihat sekawan kupu-kupu malam,
Riang terbang mencari teman bermain,
Di kaki lima riuh meriah,
Dengan muzik bingit beralun gegar,


Dalam kilau neon,
terlihat tari kesayuan,
Dalam dentuman bass,
terdengar sorakan kepiluan,
Dalam kerincingan synthesizer,
terasa sentuhan keresahan,
Dalam gelas wiski,
terdapat imaginasi kesesatan,
Dilantai varnis dosa ini,
Sang kupu-kupu menari mencari rezeki,

Monday, August 24, 2009

Rumit....

Dosa kelmarin sekelumit,
Hari ini cuba kau ungkit,
Hatiku menjadi perit,
Jiwaku menjerit,
Segala tohmahan cuba kau palit,
Sedikit sebanyak naluriku tercuit,
Aku bingit!!!
Kau rumit!!!

Sedarkan aku dari lena,
Kerana aku telah hanyut entah ke mana,
Mimpi ini hanya buat aku merana,
Kerana aku bukanlah sang Rana,
Atau si Rumi lagenda cheritera cinta,
Aku hanya insan biasa,
Aku gila!!!
Kau bahagia!!!
Sampai bila???....

Friday, August 14, 2009

Wednesday, August 12, 2009

Robot/Boneka sang Kapitalis

Keras hatinya,
Sekeras aloi yang ditempa,
Padat...
Padu...
Utuh...
Kukuh...
Tahan selamanya,
Dijamin!!!

Kuat kudratnya,
Tumbang kerbau seekor,
Tak mampu menahan tenaganya,
Kuat...
Hebat...
Tegap...
Mantap...
Tahan selamanya,
Dijamin!!!

Geliga mindanya,
Lebih pintar dari super komputer,
Tak tercapai dek akal biasa,
Cergas...
Bijak...
Pandai...
Intelek...
Tahan selamanya,
Dijamin!!!

Itu kata mereka,
Petualang disebalik boneka ciptaan,
Berkulitkan insan,
Berhatikan hawa,
Bertauhidkan ringgit,
Namun,
Sehebat manapun,
Sekuat manapun,
Sebijak manapun,
Sekukuh manapun,
Segagah manapun,
Boneka ciptaan itu,
Ditutup suisnya,
Kaku keras,
Hampa tak berjiwa,
Sia-sia.....

Saturday, August 8, 2009

Satu Permulaan

Tutup pintu segala kebencian,
Segala cacian,
Segala makian,
Ku mulakan pendakian,
Ke puncak dunia,
Dari carik-carik sisa kehidupanku,
Ku mulakan satu perjalanan yang baru,

Wednesday, July 29, 2009

Manifestasi Omong Kosong...

Bicara kapitalis tersusun,
Indah madah oportunis,
Lemak medu manis,
Kata-kata sempurna,
Aku nyaris percaya,
Rupanya hanya cheritera,
Segalanya tipu daya helah dunia,
Dongengan semata,
Ingin memanipulasi populasi,
Untuk mendominasi,
Untuk memonopoli,
Dengan manifestasi basi,

Omongan tetap kosong,
Lohong...rompong,
Hujung tergantung,
Orang terlopong,
Bingung...bengong,
Dengan lakonan palsu,
Keras kaku,
Kejang jegang,
Tegang...hah?!tegang?
Apa yang tegang?
Mahu saja aku teranjang,
Biar terbongkang,
Terkangkang dalam longkang,
Yang mana airnya legam,
Yang mana airnya busuk hancing,
Bacin pering,
Baru aku puas!!

Tuesday, July 28, 2009

Tidur lagi.....

Ayam berkokok memecah hening pagi,
Sayup-sayup kedengaran,
Disambung dentingan jam loceng,
Hampir melenting,
Hampir dibaling,
Hampir terpelanting,
Aarrrrgggghhh!!!!
Liat aku menggeliat,
Bagai bersilat,
Dah jadi sifat,
Lihat penanda waktu,
Huarrrrggghhhhh!!!!,
Jam tujuh setengah,
Berlengah melangkah,
Keluar menjengah,
Malas bertambah,
Kembali ke kamar beradu,
Kembali ke ruang mimpi,
Tak mahu menghadap realiti,
Lebih rela berfantasi,

Tik~tok~tik~tok....,

Masa tinggal pergi,
Hingga tak sedar dah sore,
masih dilamun mimpi,
Hangat cahaya sang mentari,
Bebola mata pedih disirami,
Bangun...pegun...menung,
Langkah lesu...bisu...kaku,
Bagai tak mampu,
Capai kotak rokok,
Dikeluarkan sebatang,
Dikumam pangkal,
Dicucuh hujung,
Jingga membara,
Disedut sedalam-dalamnya,
Dihembus kepul asapnya,
Kepala terasa nikmatnya,
Terfikir sejenak,
Satu hari yang x bermakna buat diriku,
Celaka....

Monday, July 27, 2009

Tetralogi Laskar Pelangi


Aku dah ade "Lasykar Pelangi" & "edensor"...
Mane nak cari "sang pemimpi" & "maryamah karpov"..?

Kota Gelap Itu

Aku berdiri diatas puing-puing kota khayalku,
Kota yang dulu kukuh mencengkam kota sanubari pendirianku,
Kota yang kontra dengan normal,
Kota yang semua tunggang terbalik,
Kota yang dulu indah dilimpahi cahaya neon,
Tapi baunya pekung,
Rupanya jelik,
Isi perutnya asyik dengan khayalan ciptaan debu putih dan cairan kuning berbuih,
Penghuninya alpa berkasih dengan sang hawa yang berpandukan telunjuk sang ringgit,
Lalu rela hanyut dipelukan lahanat yang menyesatkan,
Namun itu hanya sorga duniawi,
Hakikat sebenar disorokkan oleh kegelapan malam,
Jauh dari sinar hidayah,
Jauh dari realiti yang hakiki,
Dan dilenakan dengan nikmat yang amat mengasyikkan,
Keasyikan yang dalam diam mengundang musibah,
Untung nasibku ada sinar yang memancar,
Dan membongkar segala rahsia sial kota gelap itu,
Sebelum aku lebih hanyut dibawa arus kenikmatannya,
Lalu mengiringi ku keluar dari kota sesat khayalan ku sendiri,
Sedetik ku tinggalkan kota gelap itu,
Runtuh segenap tembok yang melitupi pekungnya,
Kini jelas ku lihat cuma bongkah-bongkah keegoan,
Kini jelas apa yang kulihat cuma serpihan-serpihan keangkuhan,
Dan seperti debu yang dituip sang bayu,
Aku berlalu pergi meninggalkan puing-puing kota itu bersama secebis keinsafan dan maruahku yang masih berbaki,

Tuesday, July 7, 2009

Alunan melodi gitar

Grenggg...!!!!!!!!...bunyi gitar akustik yang halus buatannya
Grenggg...!!!!!!!!..."alamak tune lari la pulak"getus hati kecilnya....
Tiiiiuuuuunngggg!!!!!Tiiiiuuuunnnnggg!!!!...."sape la yang gatal tangan usik tune!!"...
Tiiiuuuunnngg!!!....Grenggggg!!!!!!...
"haaa...barulah sedap..."bisik hatinya puas...
Dipetiknya tali halus gitar itu...."~Dima....."petikannya terhenti....
"aiseyh...salah kord la plak...."bisiknya sambil membetulkan kedudukan jari jemari yang kurus runcing...
Dipetik kembali tali gitar itu...
"haaa...baru betul...."
"~Diman....."
"aiyah...u mau beli ka tamau?"
"hehehe!!!"bingkas bangun lalu pergi....
......
Kini Rusli tak melawat kedai gitar tersebut lagi...

Friday, July 3, 2009

Sang Purnama



Sang purnama,
Dimana sinarmu,
Yang dulu terang,
Menyinari kegelapan malam,
Adakah dihalang oleh cemburu sang awan?,
Ataupun rajuk dirimu pada dunia?,

Aku pinta,
Kau muncul semula,
Dan memberi seri,
Pada dunia yang semakin alpa dan sepi,

Sang purnama,
Kembalilah menyinar,
Agar tewas kelam malam dengan cahayamu,
Agar sang pujangga,
terus berdendang lagu memuji keindahanmu,

Wednesday, March 25, 2009

Munyet dapat Boonga

Aku memang suke melukis sejak dari kecik lagi..kalo nak ikutkan dah berape banyak buku dah aku conteng sebab dek hobi aku yang satu nih..mak aku sampai marah aku..sebab setiap 2 bulan skali kene beli buku latihan sekolah yang baru untuk aku..drawing block jgn nak cakap la..sket punye berlambak..aku pikir kalo simpan la..boleh penuh 1 rumah hasil dari kreativiti aku..abes sume bende aku nak lukis..start ngan kertas..pastu kat beg gune liquid paper..pastu conteng2 tangan gune pen(konon2 tatu)..pastu x puas ati ngan result pen aku gune plak inai..pastu beralih plak ke kanvas..maksud aku kasut yang gune material kanvas la..pastu aku conteng baju plak..dulu mak aku slalu bising kat aku.."ape yang ko boleh buat dengan melukis nih?"leternye"bukannye boleh buat cari makan.."sambungnye lagi..mak aku memang x support aku nak buat bende2 camni..sbb mak aku bukan orang seni..die punye la anti dengan seni ni sampai x bagi aku amek klas seni mase sekolah menengah dulu..melainkan kalo seni 2 memang subjek wajib..baru la die beli barang2 seni..kalo x jangan harap la nak dapat barang2 melukis nih..2 la jadi kes aku melampiaskan nafsu seni aku ke atas dada buku latihan sekolah aku..haha ayat sastera jap..terus terang aku nyatakan yang aku kurang pendidikan formal tentang seni visual nih..cume aku buat bende nih sebagai hobi..sampai skang aku masih lagi melukis untuk kepuasan diri..kengkadang 2 tolong kengkawan..buat design sket2..ade yang suke x kurang juge yang cakap ape yang aku buat nih sekadar buang mase..tapi aku masih dengan pendirian aku..dan baru2 ini aku dapat job dengan sekumpulan remaja yang ternyata berbakat..dan mampu menjadikan bakat mereka sebagai sumber pendapatan..maklum la skang nih tengah gawat..jadi skang nih aku bekerja sambilan sebagai pelukis dengan sekumpulan anak muda yang boleh anda kenal dengan nama "BOONGA"..so thanx u guys..i'll do my best..-MoMo

Sunday, March 22, 2009

Starting.




The starting of a new section in life; getting paid for designing things.