Thursday, July 15, 2010

Prolog: Pencarian

Siapa aku?
Apa mahuku?
Mana destinasiku?
27 tahun aku kembara hayat ini dan sepanjang itu aku masih belum kenal siapa aku.Masih teraba-raba dalam gelap mencari sekelumit cahaya.Terlantar sendirian dalam kotak putih beralaskan ranjang bujang dan bantal kusam.Bertemankan kalimantang yang putih benderang tapi aku masih dalam kegelapan.

Angin kipas perlahan-lahan menderu ke tubuhku yang sekeping ini.Merengkok kedinginan kerana ditambah hawa hujan malam yang semakin lebat.Tiada tanda bakal berhenti.Dalam kesejukan itu benakku telah jauh menerawang meninggalkan tubuh ini.Fikiranku berputar ligat cuba menyelongkar jawapan dalam hutan mindaku yang serabut kusut.Makin kusut.Makin serabut.Makin celaru.Makin bingung.Ya!Aku bingung.Mengapa persoalan yang begitu mudah tak dapat aku rungkaikan?

P/s: Ni prolog sebuah cerita yang aku sedang usahakan bermati-matian.Tgh pikir nak bukukan ke nak post kat blog je...public opinion please...

Wednesday, June 9, 2010

Bicara 6 Garis...

Engkau disisi;
Aku berdiri;
Dia menanti;
Gugup lagi;
Bilakah terjadi;
Emansipasi emosi;


Thursday, May 20, 2010

Manis membunuh

Terlihat sejenak seraut wajah;
Disebalik topeng yang hampir terlucut;
Ternampak tawa disebalik gundah;
Disebalik keayuan terserlah parut;

Dengar kataku;
Balas dendam itu manis;
Percaya kataku;
Dendam itu takkan habis;

Tiada penghujung;
Tiada akhirnya;
Bersambung-sambung;
Pusing-pusing disitu juga;

Tinggalkan dendam itu;
Tinggalkan malam itu;
Pulang ke tempat asalmu;
Bermula baru;


P/s: Dah lame aku tak blogging...xde idea la...

Wednesday, May 19, 2010

Paranoia

Berselimut aku kepanasan;
Merengkot sendirian;
Diatas ranjang aku bagai berteman;
Dibawah bantal belati aku simpan;


Friday, March 5, 2010

Dia/Kau/Aku

Dia muncul;
Kau hilang;
Aku terpukul;
Aku seorang;

Satu persatu;
Dari dua ke satu;
Dari satu ke kosong;
Kosong melopong;

Hilang sayang;
Masa melayang;
Dapat penat;
Tapi apa boleh buat;

Nasib...nasib....

Thursday, February 25, 2010

Aku terlalu bodoh untuk menjelaskan sesuatu perkara sehingga membenarkan masyarakat sekelilingku menafsir aku sebagai SAMPAH.

Aku melihat;
Aku menilai;
Aku mentafsir;
Perkara yang berlaku dihadapanku;
Menelusuri irisku;
Pelbagai siaran;
Pelbagai saluran;
Menerjah masuk ke dalam kotak mindaku;
Banyak - terlalu banyak;
Terjemahan sini;
Tefsiran sana;
Proses kompleks;
Ingin mengurai komplikasi;
Namun pabila ideologi berperang sesama sendiri;
Aku lesap ditengah kekalutan itu;
Karut marut celaru;
Aku jadi buntu;
Bibir membisu;
Suara terkaku;
Minda terketar;
Bicara enggan keluar;
Diceruk hatiku yang dalam maksud itu mati;
Hanya tersimpan untuk aku sendiri fahami;
Sukar dimengerti;
Mengapa aku jadi begini;

Aku bukan SAMPAH;
Aku cuma bodoh untuk menterjemah;
Dari bahasa aku kepada bahasa kamu;
Metafora aku intepretasi kamu;
Terpulanglah pada kamu untuk menghurainya;

Thursday, February 4, 2010

Celaru!!!!!

Jika ada sebutir berlian dalam serpihan kaca yang pecah;
Apa kau nampak dimana dia?;
Semua nampak sama tiada beza;
Aku tak tahu berlian ataupun kaca;
Orang kata hanya jauhari yang mengenal manikam;
Bagaimana nak kenal kalau sekalipun tak pernah bersua;
Tak pernah kenal hati budinya;
Sekali tersilap langkah menyesal selamanya;
Berpatah arang conteng ke muka sendiri;
Minda ini hampir lemas dalam vorteks celaru kusut yang situasi telah ciptakan untukku;
Patah sayap kiriku hilang separuh kudratku;
Disentap sekali lagi matilah aku;
Terkujur terlentang kaku disitu;
Harimau mati meninggalkan belang;
Aku mati terseksa seorang;