Friday, December 4, 2009

Lena si pengemis usang;

Letusan cahaya membentangkan permaidani pelbagai rona;
Indah bak pelangi melingkari tubuhnya yang usang lusuh di mamah usia;
Sedang asyik di selimuti mimpi mekar mewangi berbunga;
Sepertinya dia tidak mahu bangkit berdepan dengan realiti menggigit perit;
Seribu tahun begitu pun dia sanggup;
Hidup di dunia khayal,asyik dan mempesona;
Jangan sesekali dikejutkan dari mimpi itu;
Kerna semalam dia sudah puas menikmati tamparan realiti kehidupan;
Kini biarlah dia melabuhkan tubuhnya yang telah lesu bertarung;
Biarlah dia leka berdansa dengan fantasi indah itu buat sementara tika;
Kerna esok dia bakalan kembali bertarung dengan realiti yang menggarang lagi....

4 comments:

  1. besok ke? okey. tunggu besok ajek lah.

    ReplyDelete
  2. fantasi indah itu amatlah susah untuk dimiliki bahkan dicari kerana engkau telah menolaknya ke tepi pabila satu ketika dahulu aku berjaya rabunkan mataku daripada melihat realiti yang menusuk diri. kau telah mengatakan jangan memperbodohkan diri sendiri dengan penipuan. tetapi kau tidak sedar pada masa itu, dengan menjadi buta aku boleh jadi bahagia.
    kini, tiap hari aku bertarung dengan realiti kau sendiri. walau macam mana aku cuba tuk lupakan, ia tetap datang menghantui.
    tetapi, aku tidak ada kuasa Tuhan untuk menghukum kau. aku bukan Tuhan yang boleh menilai kau. siapa aku kan yang berhak bersuara? aku hanya cinta kau. cinta pedih. aku juga ada lah si pengemis usang...

    ReplyDelete