Tuesday, July 28, 2009

Tidur lagi.....

Ayam berkokok memecah hening pagi,
Sayup-sayup kedengaran,
Disambung dentingan jam loceng,
Hampir melenting,
Hampir dibaling,
Hampir terpelanting,
Aarrrrgggghhh!!!!
Liat aku menggeliat,
Bagai bersilat,
Dah jadi sifat,
Lihat penanda waktu,
Huarrrrggghhhhh!!!!,
Jam tujuh setengah,
Berlengah melangkah,
Keluar menjengah,
Malas bertambah,
Kembali ke kamar beradu,
Kembali ke ruang mimpi,
Tak mahu menghadap realiti,
Lebih rela berfantasi,

Tik~tok~tik~tok....,

Masa tinggal pergi,
Hingga tak sedar dah sore,
masih dilamun mimpi,
Hangat cahaya sang mentari,
Bebola mata pedih disirami,
Bangun...pegun...menung,
Langkah lesu...bisu...kaku,
Bagai tak mampu,
Capai kotak rokok,
Dikeluarkan sebatang,
Dikumam pangkal,
Dicucuh hujung,
Jingga membara,
Disedut sedalam-dalamnya,
Dihembus kepul asapnya,
Kepala terasa nikmatnya,
Terfikir sejenak,
Satu hari yang x bermakna buat diriku,
Celaka....

9 comments:

  1. tak ada salahnya
    satu hari itu tanpa makna
    hari2 lain masih ada
    isilah dengan sejuta makna

    re:...nanti aku ajar kau macam mana nak panjat pelangi sambil membelah langit...hehe

    ReplyDelete
  2. celaka? aku dah kata...jangan hisap rokok itu. kau degil.

    ReplyDelete
  3. patung-salah...bos aku misscall 10 kali...

    Pajid-betul..betul..betul..

    Bias-sangap...

    ReplyDelete
  4. sangap? alasan. jangan sampai sesuatu yang drastik terjadi pada saya, baru mahu berhenti.

    ReplyDelete
  5. hidup ku x bosan...cuma ari 2 yang bosan...

    ReplyDelete
  6. pagi yang gelap
    kini sudah terang..
    aku adik mu dan engkau abang..

    bile pulak......

    ReplyDelete