Thursday, February 25, 2010

Aku terlalu bodoh untuk menjelaskan sesuatu perkara sehingga membenarkan masyarakat sekelilingku menafsir aku sebagai SAMPAH.

Aku melihat;
Aku menilai;
Aku mentafsir;
Perkara yang berlaku dihadapanku;
Menelusuri irisku;
Pelbagai siaran;
Pelbagai saluran;
Menerjah masuk ke dalam kotak mindaku;
Banyak - terlalu banyak;
Terjemahan sini;
Tefsiran sana;
Proses kompleks;
Ingin mengurai komplikasi;
Namun pabila ideologi berperang sesama sendiri;
Aku lesap ditengah kekalutan itu;
Karut marut celaru;
Aku jadi buntu;
Bibir membisu;
Suara terkaku;
Minda terketar;
Bicara enggan keluar;
Diceruk hatiku yang dalam maksud itu mati;
Hanya tersimpan untuk aku sendiri fahami;
Sukar dimengerti;
Mengapa aku jadi begini;

Aku bukan SAMPAH;
Aku cuma bodoh untuk menterjemah;
Dari bahasa aku kepada bahasa kamu;
Metafora aku intepretasi kamu;
Terpulanglah pada kamu untuk menghurainya;

4 comments:

  1. Aku terlalu bodoh untuk menjelaskan sesuatu perkara sehingga membenarkan masyarakat sekelilingku menafsir aku sebagai SAMPAH.

    ReplyDelete
  2. "Metafora aku intepretasi kamu;
    Terpulanglah pada kamu untuk menghurainya"

    kudossss.

    ReplyDelete