Wednesday, January 27, 2010

Sebungkus maggi kari

Malam ini;
Makan malam aku hanya sebungkus maggi kari;
Yang aku beli tadi;
Dengan duit seringgit yang berbaki;
Hidup aku tak ubah macam abdi;
Walaupun berpijak dibumi sendiri;
Tuba aku dapat setelah susu aku beri;
Sakit hati menahan maki;
Terhencot-hencot sakit kaki;
Kerana jauh berjalan siang tadi;
Untuk mencari rezeki;
Malam ini;
Aku tinggal sendiri di kamar sunyi;
Menikmati maggi kari yang aku beli tadi;
Hanya bunyi jam berdetik menemani;
Teman-teman entah ke mana pergi;
Mungkin sudah membenci;
Aku pun benci;
Benci dengan situasi;
Tak mahu meminta simpati;
Mula-mula simpati lama-lama benci;
Meluat sakit hati;
Itu yang aku tak mahu terjadi nanti;
Biarlah malam ini;
Makan malam aku hanya sebungkus maggi kari;
Yang aku beli tadi;
Walaupun sedikit namun memadai;
Bagi aku mengalas perut sampi esok pagi;

8 comments:

  1. sayang... :'(

    -Mimi-

    ReplyDelete
  2. malam ini malam jumaat~

    ReplyDelete
  3. bby-iye...
    ayu-aku belum kawen lagi la...
    patung-ye...kalo dah ari2 camne?best?

    ReplyDelete
  4. kalau hari2, makan la satu flavour satu hari...huhuhu...

    eh...beritahu aku dengan jujur dan ihklas...apa korelasi malam jumaat dengan kawin... :-D

    ReplyDelete
  5. abg wan, u always have a house @ saujana apartment in damai.. walau besar kotak, u r always welcome.

    ReplyDelete