Saturday, January 30, 2010

Wednesday, January 27, 2010

Sebungkus maggi kari

Malam ini;
Makan malam aku hanya sebungkus maggi kari;
Yang aku beli tadi;
Dengan duit seringgit yang berbaki;
Hidup aku tak ubah macam abdi;
Walaupun berpijak dibumi sendiri;
Tuba aku dapat setelah susu aku beri;
Sakit hati menahan maki;
Terhencot-hencot sakit kaki;
Kerana jauh berjalan siang tadi;
Untuk mencari rezeki;
Malam ini;
Aku tinggal sendiri di kamar sunyi;
Menikmati maggi kari yang aku beli tadi;
Hanya bunyi jam berdetik menemani;
Teman-teman entah ke mana pergi;
Mungkin sudah membenci;
Aku pun benci;
Benci dengan situasi;
Tak mahu meminta simpati;
Mula-mula simpati lama-lama benci;
Meluat sakit hati;
Itu yang aku tak mahu terjadi nanti;
Biarlah malam ini;
Makan malam aku hanya sebungkus maggi kari;
Yang aku beli tadi;
Walaupun sedikit namun memadai;
Bagi aku mengalas perut sampi esok pagi;

Monday, January 11, 2010

Pusing...pusing!!!

Rokok dikumam;
Hati terbungkam;
Jiwa tergamam;
Tubuh demam;
Sunyi mencengkam;
Hari suram;
Bertambah kelam;
Diranjang kusam;
Sendiri menggumam;
"Bukan ini pintaku..bukan ini harapku!!"

Diruang sempit;
Cahaya sekelumit;
Telah terbit;
Mataku sakit;
Hatiku perit;
Makian kupalit;
Rotiku hangit;
Duitku sedikit;
Aku menjerit;
"Celaka punya toster!!"

Aroma menyusup;
Kopi kuhirup;
Rotiku rangup;
Laungan sayup;
Jantung berdegup;
Hampir meletup;
Habis kuyup;
Mulut terkatup;
Cawan terlangkup;
"Sial!!!Pahit sangat kopi ni!!!"

Pagi yang garang;
Hati tak senang;
Tuah tak datang;
Perasaan tak girang;
Petang menjelang;
Susah tak kurang;
Jemari mengarang;
Kisah yang malang;
Akhirnya mengerang;
"Arrrgggghhhh!!!!Kenapa jadi macam ni????!!!!"