Thursday, December 24, 2009

Kupu-kupu Malam (ii)

Kembali lagi aku ke sini;
Masih seperti tempat yang dulu aku tinggali;
Tiada yang berubah;
Keadaan serupa cuma berbeza wajah;

Sendirian aku duduk;
Dalam gelap disuatu ceruk;
Sesekali neon mengerlip;
Bikin mata terkedip;

Dari situ aku melihat;
Sekujur tubuh berdansa ligat;
Liuk tubuh menggiur;
Bisa bikin jantung gugur;

Sesekali dia mengerling;
Aku faham darling;
Kau mahu aku sama bergoyang;
Sabar darling sekejap lagi aku datang;

Sebentar lagi tubuhmu akan aku rengkol;
Sebentar lagi badanmu akan aku senggol;
Dan kiranya liukmu makin menggoncang;
Akan aku bawa kau ke ranjang;
Akan aku sajikan kau hidangan yang istimewa;
Kau bakalan ku bawa mengecap bahagia;

Meskipun dilimpahi cahaya lampu kalimantang dalam kamar hotel murah;
Tubuh montokmu pasti habis-habisan akan aku ratah;
Tapi biar aku habsi segelas wiski ini dulu;
Agar tidak kaku aku memeluk senggol tubuhmu;
Agar tidak segan aku menjamah nikmatmu
Tunggu aku kupu-kupu malamku;

Thursday, December 10, 2009

Gitar akustikku,sahabatku...

Gitar akustik ku berbunyi;
Kamu mula bernyanyi;
Gitar akustik ku dipetik lagi;
Kamu pula menari;
Gitar akustik ku berdenting lagi;
Kamu berseni puisi;

Untuk apa gitar ini ku petik?;
Untuk mengiringi puisimu yang melankolik;
Mungkin akan lebih berjiwa tatkala kamu berbisik;
Dengan jalinan kord yang dianyam lunaknya suaramu gemersik;
Barangkali mampu membuat penonton asyik;

Jangan bimbang sahabat;
Aku akan tetap dibelakangmu memetik;
Kamu terus melontar kata-kata yang sudah akmu pahat;
Akan aku iringi kamu setiap detik;
Walaupun kadangkala ton-nya kedengaran cacat;
Namun aku tidak pernah serik;
Mendukung kamu hingga perjuanganmu tamat;
Melalui petikan gitar akustik....

Saturday, December 5, 2009

Sekilas kerdip diangkasa...

Sekilas kerdip diangkasa;
Apa kau tahu bintang atau satelit?
Dari mata kasar tak nampak bedanya;
Tapi coba kau teliti sifatnya pasti bangkit;

Sekilas kerdip diangkasa;
Apa kau tahu mana arahnya?
Dari mata biasa ia tetap disitu saja;
Tapi coba kau tenung sebentar pasti kau nampak langkahnya;

Sekilas kerdip diangkasa;
Apa kau tahu dari mana asalnya?
Dari mata kosong tak tahu mana datangnya;
Tapi coba kau bertanyakan padanya pasti kau tahu ceritanya

Sekilas kerdip diangkasa;
Akan berubah setiap November....

Friday, December 4, 2009

Lena si pengemis usang;

Letusan cahaya membentangkan permaidani pelbagai rona;
Indah bak pelangi melingkari tubuhnya yang usang lusuh di mamah usia;
Sedang asyik di selimuti mimpi mekar mewangi berbunga;
Sepertinya dia tidak mahu bangkit berdepan dengan realiti menggigit perit;
Seribu tahun begitu pun dia sanggup;
Hidup di dunia khayal,asyik dan mempesona;
Jangan sesekali dikejutkan dari mimpi itu;
Kerna semalam dia sudah puas menikmati tamparan realiti kehidupan;
Kini biarlah dia melabuhkan tubuhnya yang telah lesu bertarung;
Biarlah dia leka berdansa dengan fantasi indah itu buat sementara tika;
Kerna esok dia bakalan kembali bertarung dengan realiti yang menggarang lagi....