Wednesday, September 30, 2009

Kembara Pertama....

Seksyen 7 gempar,
3 sekawan ini tiba-tiba mahu pergi menuntut ilmu di Gunung Semambu,

"Aku dah tak tahan dah dok camni je!!Aku nak belajar berenang!!"bentak Amri,

"Aku pon!!!"sahut Gua setuju,

"Kawe pong!!"kata Bias yang asal dari Keramat yang mahu enterframe,

Lalu bermula lah pengembaraan mereka ke Gunung Semambu,
Sepeninggalan mereka,
Seksyen 7 bagaikan telah menjadi kota gelap,
Tiada gelak-tawa,
Tiada senda-gurau,
Tiada aksi penduduk mengejar mereka dengan parang dek gurauan mereka,

Setelah 45 minit berjalan,

"Beep!!Beep!!Beep!!"....
"Alamak!!!"ujar Bias secara spontanius,
Raut wajah Gua dan Amri berubah,
Bias tersenyum gedik,
"Haaaa....ye la...!!!"Amri bersuara bagaikan tidak rela,
"Aku dah cakap henpon silentkan la..."getus Gua,
"Sori la...mak i sms suruh i balik...."ucap Bias sambil mengeluarkan kunci kereta kebal miliknya,
Lalu meninggalkan Gua dan Amri yang masih tetap mahu meneruskan pengembaraan mereka,


Pemgembaraan bersambung di episod seterusnya....

P/s:First attempt nak buat cerita bersiri...

Wednesday, September 23, 2009

Sang Purnama 2......

Kerinduan makin menekan,
Kesunyian makin bertautan,
Kegelapan makin bertaufan,
Keamanan makin kejauhan,

Diselubung rindu-pilu,
Diselubung sunyi-sepi,
Diselubung gelap-malap,
Diselubungi anarki-mati,

Meratap sang pujangga,
Moga kembali cahaya,
Menerangi dunia,
Menemani malamnya,

Mega cemburu berlalu,
Mata pun saling ketemu,
Purnama senyum bermadu,
Pujangga senyum tersipu,

P/s:...berkurun xde idea...akhirnya....!!!

Wednesday, September 2, 2009

Jambatan...


(Khas buat Syamimi Binti Mohamed Rani)

Di sebelah sini,
Ada daerah kehidupanku,
kering gersang,
kontang tandus,
Hampir mati,

Di sebelah sana,
Ada wilayah kamu,
Segar subur,
Indah suci,
Saujana pandang,

Antara daerahku dan wilayahmu,
terpisah dek sebatang sungai keasingan,
Yang deras aliran kekosongannya,
Sunyi sendiri,
Sepi bisu,
Gerun jurang,

Antara wilayahmu dan daerahku,
Terhubung oleh sebuah jambatan kasih,
Yang gah binaannya,
Kukuh utuh,
Teguh tegap,
Simetri imbangannya,

Megah jambatan itu,
Kerana akar keyakinannya gagah,
Sesekali diuji hempasan kenangan silam,
Keras ganas,
Rakus seram,
Tapi tetap tegap berdiri,

Masa tinggal berlalu,
Jambatan itu masih disitu,
Masih kukuh,
Masih tegap,
Masih utuh,
Walaupun direnovasi berubah rupa,
Masih jambatan yang sama,