Tuesday, August 25, 2009

Kupu-kupu malam ( 1 )



Sang mentari berlabuh di horison,
Digantikan tirai gelap sang rembulan,
Segenap ceruk metropolis,
Semakin kelam diselimut gebar malam,
Taman neon mula berkedip,
Kerdip bintang gemilang di papan gantung,
Terlihat sekawan kupu-kupu malam,
Riang terbang mencari teman bermain,
Di kaki lima riuh meriah,
Dengan muzik bingit beralun gegar,


Dalam kilau neon,
terlihat tari kesayuan,
Dalam dentuman bass,
terdengar sorakan kepiluan,
Dalam kerincingan synthesizer,
terasa sentuhan keresahan,
Dalam gelas wiski,
terdapat imaginasi kesesatan,
Dilantai varnis dosa ini,
Sang kupu-kupu menari mencari rezeki,

Monday, August 24, 2009

Rumit....

Dosa kelmarin sekelumit,
Hari ini cuba kau ungkit,
Hatiku menjadi perit,
Jiwaku menjerit,
Segala tohmahan cuba kau palit,
Sedikit sebanyak naluriku tercuit,
Aku bingit!!!
Kau rumit!!!

Sedarkan aku dari lena,
Kerana aku telah hanyut entah ke mana,
Mimpi ini hanya buat aku merana,
Kerana aku bukanlah sang Rana,
Atau si Rumi lagenda cheritera cinta,
Aku hanya insan biasa,
Aku gila!!!
Kau bahagia!!!
Sampai bila???....

Friday, August 14, 2009

Wednesday, August 12, 2009

Robot/Boneka sang Kapitalis

Keras hatinya,
Sekeras aloi yang ditempa,
Padat...
Padu...
Utuh...
Kukuh...
Tahan selamanya,
Dijamin!!!

Kuat kudratnya,
Tumbang kerbau seekor,
Tak mampu menahan tenaganya,
Kuat...
Hebat...
Tegap...
Mantap...
Tahan selamanya,
Dijamin!!!

Geliga mindanya,
Lebih pintar dari super komputer,
Tak tercapai dek akal biasa,
Cergas...
Bijak...
Pandai...
Intelek...
Tahan selamanya,
Dijamin!!!

Itu kata mereka,
Petualang disebalik boneka ciptaan,
Berkulitkan insan,
Berhatikan hawa,
Bertauhidkan ringgit,
Namun,
Sehebat manapun,
Sekuat manapun,
Sebijak manapun,
Sekukuh manapun,
Segagah manapun,
Boneka ciptaan itu,
Ditutup suisnya,
Kaku keras,
Hampa tak berjiwa,
Sia-sia.....

Saturday, August 8, 2009

Satu Permulaan

Tutup pintu segala kebencian,
Segala cacian,
Segala makian,
Ku mulakan pendakian,
Ke puncak dunia,
Dari carik-carik sisa kehidupanku,
Ku mulakan satu perjalanan yang baru,